Kes tikam pelajar: Tiada PdPR dibuat, KPM perkukuh pemantauan semua sekolah

Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sebuah sekolah menengah di Selangor yang menjadi lokasi insiden pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam diteruskan seperti biasa tanpa penutupan operasi.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad memaklumkan siasatan polis tidak menjejaskan jadual pembelajaran, dan Kementerian Pendidikan (KPM) kini bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperkukuh pemantauan di semua sekolah.
Susulan kejadian ini, sebuah Jawatankuasa Khas ditubuhkan untuk menyiasat semua aspek kes secara menyeluruh, manakala pentadbir sekolah yang terlibat akan dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah sehingga siasatan selesai.
Bagi menjaga kebajikan warga sekolah yang terkesan, pasukan kaunselor dan Guru Bimbingan dan Kaunseling digerakkan bagi melaksanakan intervensi sokongan psikososial.
KPM menegaskan insiden jenayah di sekolah, termasuk kes kematian dan rogol yang berlaku baru-baru ini, bukan kes terpencil dan menjadi peringatan keras agar usaha keselamatan serta kesejahteraan mental pelajar dipertingkatkan.



