Malaysia

Kes Zara Qairina: Peguam sahkan ada kesan kecederaan

Peguam keluarga mengesahkan terdapat kecederaan pada tubuh Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Penemuan itu hasil pemerhatian sepanjang lapan jam proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Kecederaan yang ditemui termasuk kesan patah seperti yang tular di media sosial. Namun, butiran lengkap tidak dapat didedahkan kerana siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa.

Peguam yang mewakili keluarga pelajar Tingkatan Satu itu juga menafikan dakwaan wujud campur tangan politik atau penglibatan individu berpangkat tinggi dalam kes tersebut. Beliau menegaskan pihaknya hanya membuat kenyataan berdasarkan fakta dan bukti yang ada.

Kes ini masih dalam siasatan dan keluarga menunggu hasil laporan penuh bagi mendapatkan keadilan untuk Allahyarham.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker