Malaysia
23 rakyat Malaysia sertai GSF tiba di KLIA malam ini

Seramai 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dijadual tiba di tanah air malam ini selepas dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel.
Mereka dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada jam 9.45 malam.
Kumpulan aktivis itu sebelum ini ditahan tentera Israel pada Khamis lalu selepas kapal mereka dipintas di perairan Zon Merah, Laut Mediterranean, sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod.
Mereka kemudian dibebaskan dan berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel, menuju ke Istanbul sebelum pulang ke Malaysia.
Sambutan kepulangan mereka akan diadakan di KLIA dengan kehadiran penyokong dan wakil media yang dijemput oleh Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC).




