Malaysia
Kilang makanan sejuk beku musnah dalam kebakaran awal pagi di Puchong

Sebuah kilang pemprosesan makanan sejuk beku di Taman Perindustrian Maju Jaya, Puchong, Selangor, musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.14 pagi.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong tiba di lokasi dalam tempoh 10 minit selepas menerima panggilan kecemasan dan segera menjalankan operasi memadam kebakaran.
Kebakaran tersebut mengakibatkan kira-kira 80 peratus daripada kilang berkeluasan 40 x 80 kaki itu musnah.
Seramai 32 anggota bomba, dibantu beberapa jentera, terlibat dalam operasi memadam dan mengawal kebakaran sehingga berjaya dikawal sepenuhnya.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.



