Malaysia

Kisah Logenthiran undang sebak di Konvokesyen ke-23 UMT

Konvokesyen ke-23 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyaksikan detik penuh emosi apabila Logenthiran Vezhaveenthan dari Mantin, anak muda daripada keluarga serba sederhana, muncul antara graduan paling cemerlang dan menerima Anugerah Emas Naib Canselor.

Selepas kehilangan ayah akibat epilepsi, ibunya menjadi tulang belakang keluarga, dibantu kakak yang bekerja sambilan dan dua adik yang sudah bekerja untuk menampung keperluan rumah.

“Izinkan saya tujukan ucapan ini kepada dua orang yang paling saya cintai mendiang ayah, ibu dan keluarga pakcik dan makcik yang menamani ibu di dewan ini kepada mendiang ayah anda yang damai di sisi Tuhan.

“Setiap langkah yang saya ambil hari ini adalah hasil daripada asas yang Ayah pindah untuk saya. Saya tahu Ayah sedang memerhati dari atas dan saya berharap Ayah tersenyum bangga. Ayah, Ibu, kejayaan ini milik kalian. Tanpa sokongan kalian, saya tidak akan berdiri di sini.”

Berbekalkan keputusan kelas pertama dalam Pengurusan Pelancongan serta pencapaian kokurikulum yang konsisten, beliau membuktikan bahawa ketabahan mampu mengatasi segala kekangan.

Dengan pinjaman PTPTN sebagai penyambung harapan, Logenthiran terus berjuang menamatkan pengajian demi mengubah nasib keluarga.

Kisahnya menjadi inspirasi khususnya kepada pelajar India di seluruh negara bahawa tekad yang kuat dan kepercayaan pada diri mampu membuka pintu kejayaan yang tidak pernah disangka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker