Malaysia
KLIA kenakan caj hantar, ambil penumpang jika parkir lebih 10 minit bermula hari ini

Kadar baharu untuk Sistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS) di KLIA mula dikuatkuasakan hari ini, dengan pengguna hanya diberi 10 minit percuma untuk menghantar atau mengambil penumpang.
Selepas itu, caj penalti automatik dikenakan bermula RM10 dan meningkat mengikut tempoh sehingga maksimum RM100 bagi kenderaan yang berada melebihi 30 minit.
Langkah ini diperkenalkan Malaysia Airports bagi memastikan kawasan tepi jalan terminal lebih teratur, mengurangkan kesesakan serta mengekang aktiviti tidak berlesen.
Sistem berasaskan pembaca nombor pendaftaran ini turut membantu memperkemas keselamatan, sekali gus memastikan aliran trafik di KLIA lebih terkawal dan lancar.




