Malaysia
Komplot tumbangkan kerajaan: Polis ambil keterangan individu hadir secara sukarela

Polis sudah merakam keterangan seorang individu berhubung dakwaan komplot menjatuhkan kerajaan serta sabotaj kestabilan negara yang dikaitkan dengan individu berpengaruh dan agensi media antarabangsa.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata individu itu tampil secara sukarela pada 26 Februari lalu, hari sama laporan polis dibuat.
Tiga hingga empat lagi individu yang dikenal pasti akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Beliau menegaskan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan berhati-hati kerana melibatkan aspek keselamatan negara, dengan setakat ini individu terlibat dikenal pasti sebagai rakyat tempatan.



