Malaysia

Kos tinggi untuk setiap pakaian, KPM kaji keperluan seragamkan baju sekolah

Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan kajian menyeluruh berhubung cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa dan mewujudkan keseragaman dalam kalangan murid.

Kajian itu telah bermula sejak September lalu dan sebarang keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas semua aspek diteliti dengan rapi, dengan sasaran pelaksanaan pada Sesi Persekolahan 2027.

Cadangan penyelarasan ini antara lain bertujuan menangani isu kos persediaan sekolah yang tinggi, susulan keperluan seragam pelbagai warna dan jenis di sesetengah sekolah, termasuk kemeja-T aktiviti, blazer dan ves, yang membebankan ibu bapa serta menyukarkan murid berpindah sekolah.

Keputusan muktamad dijangka diumumkan menjelang Ogos 2026, dengan pelaksanaan secara berperingkat bermula 2027 melibatkan murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu.

KPM turut menekankan bahawa pelaksanaan akan dibuat secara berfasa melalui persetujuan sekolah dan PIBG, selain mengambil kira keselesaan murid dalam cuaca panas negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker