Malaysia

Kurniawan angkat sumpah Ahli Parlimen Kinabatangan hari ini

Mohd. Kurniawan Naim, anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan di Dewan Rakyat hari ini di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Upacara itu berlangsung kira-kira pukul 10 pagi dan disaksikan Ahli-ahli Parlimen lain susulan kemenangannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.

Dalam PRK tersebut, beliau menang dengan majoriti 14,214 undi menewaskan dua pencabar. PRK diadakan selepas kematian Bung Moktar pada 5 Disember tahun lalu pada usia 66 tahun.

Johari turut mengalu-alukan kehadiran beliau dan berharap dapat meneruskan legasi serta sumbangan bapanya, di samping berkhidmat secara berdedikasi dan memberi manfaat kepada rakyat serta negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker