Uncategorized

Lebih 1,000 liter minyak bersubsidi cuba diseludup ke Thailand

Lebih 1,000 liter minyak bersubsidi yang dipercayai dalam perjalanan untuk diseludup ke negara jiran berjaya dipatahkan Maritim Malaysia selepas dua sampan kayu mencurigakan dikesan di perairan Perlis.

Dalam rondaan OP AMAN dan OP TIRIS 3.0, pasukan penguat kuasa menahan dua sampan tanpa nombor pendaftaran yang berpengkalan di Pulau Ketam sebelum menemukan 34 tong berisi 570 liter petrol RON95 dan 450 liter diesel.

Semua rampasan dianggarkan bernilai RM40,000 dan dibawa ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker