Malaysia

Lebih 11,000 unit RMR terbina di Kelantan, negeri paling tinggi permohonan

Kelantan mencatatkan jumlah permohonan pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) tertinggi di seluruh negara, dengan lebih 11,000 unit telah berjaya disiapkan. Angka tersebut diikuti oleh Terengganu yang mencatatkan permohonan melebihi 10,200 unit.

Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu, pada tahun 2025, kerajaan komited membina sebanyak 5,450 unit RMR di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM504 juta.

Beliau memaklumkan, sehingga 31 Ogos lalu, sebanyak 2,766 unit rumah telah siap dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), manakala 1,310 unit lagi sedang dalam fasa pembinaan.

Setiap unit RMR menerima subsidi sebanyak RM20,000 daripada kerajaan, sementara baki kos RM55,000 ditanggung oleh pemohon sendiri melalui kemudahan pinjaman tanpa faedah yang disediakan oleh SPNB.

Mengulas mengenai rekod permohonan keseluruhan, Aiman Athirah berkata sebanyak 183,522 permohonan bagi program RMR telah diterima sejak program ini dimulakan pada tahun 2002 sehingga Ogos 2025.

Antara syarat utama yang perlu dipatuhi ialah pemohon mesti berada dalam kumpulan berpendapatan rendah, iaitu berpendapatan RM5,000 ke bawah, tidak memiliki rumah sendiri atau mendiami rumah usang, dan mempunyai tanah yang sesuai untuk pembangunan.

Keutamaan turut diberikan kepada pemohon yang sudah berkeluarga tetapi belum memiliki rumah.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker