Malaysia
Lebih 21,000 remaja 19 tahun ke bawah hamil luar nikah

Seramai 21,114 remaja berusia 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin direkodkan hamil sepanjang tempoh 2019 hingga 2024 berdasarkan data Kementerian Kesihatan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi membendung isu berkenaan, termasuk pelaksanaan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI).
Inisiatif itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan reproduktif serta membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan berdaya tahan, dengan penekanan kepada pembangunan kemahiran berkaitan kesihatan reproduktif secara selamat melalui pendidikan formal di sekolah dan pendekatan tidak formal di luar sekolah.




