Malaysia

Lelaki di Terengganu tinggal solat Jumaat didenda RM3,000, penjara

Lelaki Islam di negeri Terengganu yang meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan munasabah boleh berdepan tindakan undang-undang, termasuk denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Hukuman itu selaras pindaan Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) 2016 yang kini sedang berkuat kuasa.

Sebelum pindaan dibuat, tindakan hanya boleh diambil terhadap mereka yang gagal hadir solat Jumaat tiga kali berturut-turut.

Bagaimanapun, dengan peruntukan baharu, kegagalan hadir walaupun sekali sudah memadai untuk dikenakan tindakan.

Bagi meningkatkan kesedaran, kain rentang peringatan akan dipasang di kawasan masjid seluruh negeri.

Tindakan penguatkuasaan pula boleh dijalankan melalui rondaan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), operasi bersepadu bersama pihak berkuasa tempatan, atau laporan daripada orang awam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker