Malaysia
Lelaki meninggal dunia disambar petir di Langkawi

Seorang lelaki maut selepas disambar petir ketika pulang memancing bersama rakan di Jeti Nelayan Teluk Baru, semalam.
Mangsa, Ishak Hashim, 57, dari Kampung Berjaya, disambar petir ketika mahu mengambil batang pancing selepas mencuci bot dan menunaikan solat Maghrib dalam keadaan hujan.
Dia rebah di bawah jeti sebelum dibantu orang awam dan dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.




