Lelaki pukul wartawan sukan Haresh Deol didenda RM2,000

Seorang penghantar barang dikenakan denda RM2,000 selepas mengaku bersalah menyerang wartawan sukan, Haresh Deol, dalam kejadian di Bangsar pada November lalu.
Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap R Krishnan, 37, di Mahkamah Majistret selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah.
Kes berlaku pada 5 November 2025 kira-kira jam 3.32 petang di hadapan bangunan Tanjung Balai Group, Jalan Telawi 3, apabila tertuduh bersama seorang lagi individu yang masih bebas dengan sengaja mencederakan mangsa.
Krishnan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Salihen Mastor.



