Malaysia
Ramadan: Rapid KL awalkan perkhidmatan waktu puncak bermula 6.30 pagi

Rapid KL akan memanjangkan waktu puncak perkhidmatan rel sepanjang Ramadan bagi menampung perubahan corak perjalanan penumpang.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata waktu puncak pagi diawalkan kepada 6.30 pagi hingga 9.30 pagi berbanding 7 pagi sebelum ini, manakala waktu puncak petang dipanjangkan dari 4 petang hingga 8 malam berbanding 5 petang hingga 7.30 malam.
Langkah itu bertujuan melancarkan operasi, meningkatkan keselesaan serta mengurus pergerakan penumpang yang pulang awal untuk persediaan berbuka puasa.
Rapid KL turut mengekalkan kesiapsiagaan berterusan, namun gangguan teknikal diakui boleh berlaku pada bila-bila masa.


