China paling banyak beli hartanah di Malaysia, transaksi lebih RM834 juta

Pembeli hartanah dari China mendahului transaksi hartanah kediaman oleh warga asing di Malaysia bagi separuh pertama 2025, dengan 329 transaksi bernilai RM834.64 juta.
Diikuti oleh Singapura (320 transaksi, RM518.27 juta) dan India (47 transaksi, RM87.16 juta). United Kingdom mencatat 20 transaksi bernilai RM40.26 juta.
Secara keseluruhan, warga asing menjalankan 913 transaksi hartanah bernilai RM1.904 bilion, mewakili 0.76% daripada jumlah transaksi dan 3.8% daripada nilai transaksi keseluruhan. Negara lain dalam 10 teratas termasuk Indonesia, Hong Kong, Amerika Syarikat, Korea, Taiwan dan Australia.
Pasaran hartanah domestik masih didominasi pembeli tempatan dengan 119,394 transaksi bernilai RM47.47 bilion.
Kerajaan melalui Belanjawan 2026 merancang meningkatkan kadar duti setem bagi pemindahan hartanah kediaman oleh warga asing dan syarikat milik asing kepada 8%, berbanding 4% sebelum ini.




