Malaysia

Letupan di Nilai: Lelaki warga emas mengaku tidak bersalah kesemua lima pertuduhan

Seorang lelaki warga emas, Yeoh Hock Sun, 63, mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan berkaitan pembuatan dan pemilikan peranti letupan buatan sendiri (IED) ketika prosiding di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), hari ini.

Prosiding di hadapan Hakim Datin Surita Budin bermula sekitar jam 9.50 pagi sebelum ditangguhkan apabila tertuduh mengadu sesak nafas. Ia disambung semula pada jam 10.15 pagi selepas beliau disahkan stabil.

Yeoh didakwa melakukan khianat menggunakan bahan letupan sehingga merosakkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi L200 Triton di Pangsapuri Desa Palma, Nilai pada 22 Disember 2025, selain tiga pertuduhan memiliki bahan letupan dan satu pertuduhan menggunakan IED dengan niat mencederakan.

Kes didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3 dan 4 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958.

Mahkamah menolak jaminan dan menetapkan 12 Februari sebagai tarikh sebutan semula.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker