Malaysia
Lima kedai makan musnah dalam kebakaran di PPR Kota Damansara

Lima kedai makan musnah dalam kebakaran di Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gugusan Kesumbar, Jalan Pekaka 8/1, Kota Damansara, Petaling Jaya, petang Jumaat.
Kebakaran yang dilaporkan pada jam 6.06 petang itu berjaya dikawal kira-kira 20 minit kemudian dengan keseluruhan premis berkeluasan 50×50 kaki persegi musnah 100 peratus.
Turut terjejas lima kenderaan iaitu sebuah Proton Saga (20 peratus), Proton Wira (60 peratus) dan tiga motosikal (50 peratus setiap satu). Tiada mangsa dilaporkan terbabit.
Seramai 28 anggota bomba dari Sungai Buloh, Damansara, Petaling Jaya dan Hartamas terlibat dalam operasi menggunakan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), tiga Unit EMRS, tiga Rapid Intervention Motorcycle (RIM) serta sebuah tangki air.




