Malaysia

Kenyataan saksi Zara Qairina disebar di media sosial, Ram Singh lapor polis dan prosiding ditangguh

Peguam Datuk Ram Singh membuat laporan polis selepas kenyataan salah seorang remaja saksi inkues kematian Zara Qairina Mahathir didapati bocor dan tersebar di media sosial.

Maklumat sulit itu termasuk butiran peribadi pelajar berkenaan seperti nama penuh, alamat serta nombor pengenalan diri, selain pendedahan nama lima kanak-kanak yang dituduh dalam kes tersebut.

Penyebaran berkenaan dikhuatiri memberi tekanan emosi dan menjejaskan keselamatan saksi.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Luyang bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap pihak yang membocorkan kenyataan sulit tersebut.

Ekoran kebocoran maklumat itu, prosiding inkues di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu ditangguhkan selepas saksi kelapan memberi keterangan.

Koroner turut dimaklumkan mengenai penyebaran kenyataan saksi pertama yang sepatutnya kekal sulit.

Inkues berhubung kematian Zara Qairina diteruskan selepas remaja berusia 14 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker