Malaysia

Mutawif digantung tugas 6 bulan kerana rakam content ‘gender reveal’ depan Kaabah

Seorang mutawif digantung tugas selama enam bulan selepas tular video sambutan gender reveal di hadapan Kaabah yang mencetuskan kecaman orang ramai.

Suami kepada penyampai radio Neera Azizi, Muhammad Hafizi Mohd Noor, dikenakan tindakan itu selepas agensi umrah In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. mendapati beliau melanggar etika serta prosedur operasi standard (SOP) syarikat ketika menghasilkan kandungan berkenaan di Tanah Suci.

Sepanjang tempoh penggantungan berkuat kuasa serta-merta itu, Hafizi tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang tugasan membimbing jemaah, termasuk menjalankan peranan sebagai mutawif.

Beliau turut menerima surat amaran rasmi, manakala sebarang pertimbangan pelantikan semula hanya akan dibuat selepas pematuhan penuh terhadap garis panduan syarikat.

Susulan kritikan, video itu telah dipadam dan permohonan maaf dibuat oleh pasangan berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker