Malaysia

Mahkamah pulangkan pasport Lim Guan Eng secara kekal

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan Lim Guan Eng mendapatkan semula pasport antarabangsanya secara kekal kerana perlu kerap ke luar negara atas urusan rasmi.

Bagaimanapun, beliau diwajibkan melaporkan diri di pejabat SPRM Pulau Pinang pada minggu pertama setiap bulan sehingga perbicaraan selesai. Jumlah ikat jamin RM1 juta dikekalkan.

Lim dilaporkan memegang jawatan pengerusi kehormat dalam sebuah badan kerjasama Asean-China yang memerlukan kehadirannya di luar negara secara berkala.

Pihak pendakwaan sebelum ini membantah permohonan tersebut atas faktor risiko melarikan diri dan kemungkinan mengganggu saksi memandangkan beliau masih ahli politik berpengaruh.

Lim sedang dibicarakan atas tuduhan menerima RM3.3 juta ketika menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai balasan melantik sebuah syarikat untuk projek terowong dan jalan utama bernilai lebih RM6 bilion antara 2011 hingga 2017.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker