Malaysia

Malaysia berpotensi jadi hab latihan penerbangan bertaraf dunia – Anthony Loke

Malaysia berpotensi muncul sebagai hab latihan penerbangan serantau susulan kedudukan geografinya yang strategik, pertumbuhan pesat perjalanan udara serta kewujudan kemudahan latihan bertaraf dunia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata peluang itu meletakkan negara pada kedudukan kukuh untuk menjadi pusat penerbangan utama di rantau ini.

Beliau berkata aspirasi berkenaan perlu disokong oleh modal insan berkualiti dan sistem latihan yang mantap, sejajar dengan peningkatan permintaan terhadap juruterbang, kru kabin, jurutera serta tenaga profesional penerbangan lain.

Kenyataan itu dibuat sempena pelancaran Bangunan Simulator MAB Academy di Zon Sokongan Selatan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang turut dihadiri Pengarah Urusan Malaysia Aviation Group (MAG), Izham Ismail.

Beliau menegaskan Kementerian Pengangkutan akan terus memperluas dan mempertingkatkan program latihan penerbangan kerana kecemerlangan latihan menjadi asas keselamatan, kecekapan operasi dan daya saing Malaysia di peringkat global.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker