Malaysia

Malaysia sebagai negara bangsa jadi tumpuan Kementerian Perpaduan tahun depan

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan bahawa pembinaan negara bangsa akan menjadi tumpuan utama tahun depan sebagai usaha memperkukuh perpaduan dan membentuk identiti nasional yang lebih jelas.

Fokus baharu ini dibuat selepas kerajaan menilai bahawa pelbagai program perpaduan sebelum ini belum memberikan kesan yang mencukupi.

Aaron berkata kerajaan melihat keperluan mendesak untuk merumuskan konsep negara bangsa secara lebih teratur supaya ia dapat menjadi asas hala tuju perpaduan jangka panjang.

Malaysia kini masih di peringkat perbincangan awal, berbanding beberapa negara serantau yang telah mempunyai kerangka konsep masing-masing.

Kementeriannya sedang mengumpulkan pandangan akademik dan pelbagai pihak melalui sesi libat urus, sebelum dibawa ke perbincangan nasional.

Tahun depan, satu persidangan khas melibatkan pakar akademik, pemimpin masyarakat, belia dan pembuat dasar akan dianjurkan bagi memuktamadkan definisi negara bangsa yang sesuai dengan konteks Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker