Dunia
Maldives jadi negara pertama haramkan merokok untuk generasi baharu

MALE:
Negara kecil Maldives mencipta sejarah sebagai negara pertama di dunia yang mengharamkan rokok bagi semua individu lahir selepas 1 Januari 2007, termasuk pelancong.
Larangan ini, yang berkuat kuasa mulai 1 November, adalah sebahagian daripada inisiatif kesihatan awam Presiden Mohamed Muizzu bagi mewujudkan generasi bebas tembakau.
Di bawah peraturan baharu itu, sesiapa yang lahir pada atau selepas 2007 dilarang membeli, menggunakan, atau dijual produk tembakau di seluruh negara kepulauan itu.
Pihak berkuasa turut mewajibkan peniaga mengambil langkah pengesahan umur sebelum menjual rokok. Maldives sebelum ini juga telah melaksanakan larangan sepenuhnya terhadap rokok elektronik dan vape bagi semua peringkat umur.




