Ahli Parlimen Portugal dedah aktivis Malaysia paling teruk dikasari Israel

Seorang ahli Parlimen Portugal yang turut ditahan dalam serangan Israel terhadap misi Global Sumud Flotilla (GSF) mendedahkan sukarelawan Malaysia menjadi antara mangsa paling teruk dikasari tentera Zionis.
Mariana Mortagua, yang menyertai flotila bersama kira-kira 400 aktivis dari 44 negara, menyifatkan keberanian delegasi Malaysia sebagai luar biasa namun mereka menerima layanan paling ganas ketika operasi penahanan.
Serangan terhadap flotila kemanusiaan itu membuka mata dunia terhadap kekejaman Israel, termasuk penderaan fizikal dan psikologi ke atas aktivis antarabangsa.
Pelakon Malaysia, Ardell Aryana dimasukkan ke hospital di Istanbul selepas mengalami tekanan darah rendah akibat seksaan ketika ditahan.
Aktivis dari Sepanyol turut mendedahkan layanan kejam di penjara Israel yang mana mereka tidak diberikan akses kepada ubat, malah berdepan ugutan, serangan anjing dan senjata yang diacukan ke kepala setiap kali meminta bantuan.
Pendedahan ini mengukuhkan desakan global agar aktivis GSF dibebaskan tanpa syarat dan menuntut pertanggungjawaban penuh atas tindakan zalim tentera Israel.




