Malaysia

Masih tiada tarikh tetap LRT Shah Alam mula beroperasi – Loke

Tiada tarikh tetap bagi Laluan LRT Shah Alam untuk mula beroperasi setakat ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Ini kerana ujian fault-free run (FFR) masih belum bermula susulan beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan kontraktor.

FFR merupakan ujian penting bagi memastikan semua tren dan sistem sokongan berfungsi dengan selamat dan ia melibatkan 23 set tren sebelum operasi percubaan boleh dipertimbangkan.

Projek LRT Shah Alam, sebelum ini dikenali sebagai LRT3, telah beberapa kali ditangguhkan daripada tarikh asal 30 September kepada 31 Disember tahun lalu, sebelum ditunda lagi akibat isu kestabilan sistem dan perisian.

Apabila beroperasi kelak, laluan sepanjang 37 kilometer dengan 25 stesen dari Bandar Utama ke Johan Setia itu dijangka memberi perkhidmatan kepada lebih dua juta penduduk di Lembah Klang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker