MCMC siasat video bagi sisa makanan kepada gelandangan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan berhubung video tular yang menunjukkan sekumpulan pempengaruh memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan.
Siasatan dimulakan susulan aduan orang ramai yang mengecam tindakan tersebut sebagai tidak beretika dan bersifat eksploitasi demi tontonan di media sosial.
MCMC turut menegaskan bahawa kandungan yang merendahkan maruah individu dianggap serius kerana boleh mencetuskan budaya tidak bermoral dalam masyarakat.
Terdahulu, tular satu rakaman video didakwa memberi makanan berisi nasi bersama sisa tulang ayam kepada gelandangan, tampil memohon maaf atas tindakan mereka yang mengundang kecaman netizen.
Salah seorang remaja terbabit mendakwa bahawa mereka sebenarnya telah mendapat persetujuan daripada lelaki gelandangan itu untuk merakam video berbentuk eksperimen sosial.




