Dunia
Menteri Indonesia jamin harga minyak subsidi kekal sampai akhir tahun

Indonesia memberi jaminan harga bahan api bersubsidi akan dikekalkan pada paras semasa sehingga akhir tahun ini bagi mengurangkan beban rakyat.
Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa, berkata kerajaan mempunyai kapasiti fiskal mencukupi untuk meneruskan dasar tersebut, disokong pengiraan belanjawan serta penampan kewangan sedia ada.
Setakat ini, harga kekal tanpa perubahan dengan petrol RON90 dijual pada Rp10,000 seliter manakala diesel bersubsidi pada Rp6,800 seliter, dengan kerajaan menanggung perbezaan kos.




