Malaysia

‘Mereka ingin guling kerajaan Malaysia yang dianggap kufur’ – Ayob Khan

Pemantauan berterusan terhadap kumpulan ekstremis yang mengeksploitasi agama bagi menghalalkan keganasan perlu diperkukuh demi menjamin keselamatan negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan operasi Cawangan Khas sejak Disember 2001 berjaya menggagalkan perancangan ganas Jemaah Islamiyah (JI), termasuk cubaan melancarkan serangan berani mati di Malaysia.

Kumpulan JI dikenal pasti bukan sahaja terlibat dalam serangan bunuh diri di Indonesia, malah mempunyai agenda menggulingkan kerajaan Malaysia yang dianggap ‘kufur’ menerusi jihad bersenjata, satu pendekatan yang bercanggah dengan sistem demokrasi berparlimen negara.

Siasatan turut mendapati JI memperjuangkan penubuhan kerajaan Islam serantau merangkumi beberapa negara Asia Tenggara dan menghalalkan keganasan bagi mencapai matlamat tersebut, termasuk merancang serangan ke atas sasaran penting di Lembah Klang dan luar negara.

Sehubungan itu, pihak berkuasa menegaskan fahaman ekstrem yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu dibanteras secara tegas bagi mengelakkan ancaman berulang terhadap keselamatan dan kestabilan negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker