Malaysia

Polis siasat kejadian kibar bendera Israel di Kelantan

Polis membuka kertas siasatan berhubung pengibaran bendera Israel ketika Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza di Lembah Sireh pada Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Pihak penganjur akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan. Kejadian itu berlaku ketika sebuah bot memasang beberapa bendera Israel sebagai sebahagian daripada lakonan semula insiden penahanan kapal membawa sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang dalam perjalanan ke Gaza.

Program anjuran Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia itu disertai hampir 10,000 peserta yang berarak sejauh 8 kilometer menaiki bot dari Kampung Pulau Pisang ke Lembah Sireh sebagai solidariti terhadap Palestin.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker