Malaysia

Moratorium enam bulan untuk mangsa banjir seluruh negara

Bank Rakyat menawarkan penangguhan bayaran ansuran sehingga enam bulan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Inisiatif ini merangkumi pelbagai produk pembiayaan termasuk Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i, Pajak Gadai-i serta Kad Kredit-i.

Pelanggan yang terjejas boleh memohon melalui e-mel bantuanbanjir@bankrakyat.com.my dengan menyertakan maklumat peribadi, jenis pembiayaan dan bukti alamat.

Pemegang Kad Kredit-i perlu menghantar permohonan ke kkredit@bankrakyat.com.my, manakala pelanggan perniagaan boleh mendapatkan bantuan di pusat perbankan perniagaan terdekat.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web, pusat panggilan Bank Rakyat atau cawangan berhampiran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker