Murah rezeki! Aliff Syukri cipta rekod jualan RM1 juta dalam 2 minit

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencatat pencapaian luar biasa apabila berjaya meraih jualan RM1 juta dalam tempoh hanya 2 minit 32 saat menerusi siaran langsung di TikTok, sekaligus melayakkan dirinya masuk dalam The Malaysia Book of Records (MBOR).
Kejayaan itu dicapai hasil pelancaran koleksi baharu beg tangan Samma Bag Denim Edition yang disambut luar biasa oleh peminat dan pelanggan setia.
Jualan bermula jam 8 malam Ahad menerusi akaun TikTok @papalarisofficial itu langsung mencetuskan lonjakan pembelian sejurus ikon ‘beg kuning’ dipaparkan di skrin.
Bukan sekadar jual beli, siaran itu turut menawarkan ganjaran lumayan kepada pembeli bertuah seperti percutian, emas dan pakej umrah, menjadikan sesi jualan lebih rancak dan eksklusif.
Dengan pencapaian ini, Aliff Syukri sekali lagi membuktikan pengaruhnya dalam dunia perniagaan digital tempatan.




