Malaysia

MyKad baharu dilengkapi kod QR bakal diperkenal tahun depan

Kerajaan bakal memperkenalkan generasi baharu MyKad yang dilengkapi kod QR sebagai ciri keselamatan tambahan bagi memastikan kesahihan setiap kad pengenalan dapat disahkan secara digital.

Langkah ini bertujuan mengurangkan risiko pemalsuan serta penyalahgunaan identiti, selari dengan standard keselamatan moden.

MyKad baharu termasuk MyTentera dan MyPoCA dijadualkan mula diperkenalkan 1 Jun 2026 sebagai sebahagian daripada kontrak baharu pembekalan kad pengenalan negara.

Melalui ciri kod QR ini, pihak berkuasa boleh membuat pengesahan segera, sekali gus meningkatkan perlindungan data rakyat.

Pada masa sama, Kementerian Dalam Negeri sedang meneliti cadangan supaya maklumat seperti status Bumiputera dan agama dicetak pada MyKad baharu susulan aduan berkaitan salah faham identiti di tempat awam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker