Malaysia
Nahas tiga buah kereta di Karak, seorang wanita maut

Seorang wanita maut manakala empat lelaki terselamat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Kejadian jam 2 pagi itu melibatkan sebuah Perodua Ativa, Perodua Myvi dan Honda City.
Mangsa wanita berusia 19 tahun yang tersepit dalam Honda City disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Empat mangsa lelaki berusia 20-an pula tidak mengalami kecederaan serius.
Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 3.48 pagi selepas mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.




