Malaysia

Niat nak mencuba, lelaki cedera di kaki selepas tertembak pistol paku

Seorang lelaki cedera di bahagian kaki selepas terkena tembakan paku ketika dipercayai menguji pistol paku yang baru dibeli secara dalam talian dalam kejadian di sebuah rumah di Gombak, malam tadi.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang menguji alat pistol paku berkenaan dengan menembak paku ke arah sebuah meja.

Bagaimanapun, paku yang dilepaskan menembusi permukaan meja sebelum terkena kaki mangsa yang berada di bawah meja ketika itu.

Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan pada kaki dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMS sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker