Malaysia

“Pakai tudung kata wayang, tak pakai dikata tak hormat” – Hannah Yeoh

Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh menjelaskan pemakaiannya mengenakan selendang ketika menghadiri majlis di masjid atau surau adalah sebagai tanda menghormati adab di rumah ibadat, bukan untuk tujuan lain.

Beliau menerusi hantaran di media sosial berkata, pemakaian selendang itu adalah pilihannya sendiri setiap kali menghadiri program di institusi keagamaan Islam sepanjang Ramadan.

Menurutnya, setiap rumah ibadat mempunyai etika tersendiri dan beliau selesa mematuhi adab berpakaian ketika berada di lokasi berkenaan.

Sebelum ini, beliau turut mengenakan selendang ketika menghadiri program di masjid di Kampung Padang Balang, selain menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Persatuan Warisan Anak-Anak Masyarakat Kampung Padang Balang bagi menyokong program kebajikan dan aktiviti komuniti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker