Malaysia
Pan Borneo: Projek Fasa 1A, 1B dijangka siap tahun depan – Ahmad Maslan

Projek Fasa 1A dan 1B projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dijangka siap sekitar tahun depan dan 2028.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berkata kedua-dua fasa itu membabitkan jajaran sejauh 706 kilometer.
Setakat Januari lalu mengenai projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, Fasa 1A membabitkan 15 pakej sejauh 318km. Ia dijangka siap pada suku pertama 2027.
Fasa 1B meliputi 19 pakej sejauh 388km dijangka siap pada suku keempat 2028.
Ahmad Maslan pada masa sama berkata pihaknya memberi amaran jika pihak kontraktor tidak menyelenggara jalan berkaitan, maka JKR Sabah berhak untuk melantik kontraktor lain.




