Malaysia

NADI Diiktiraf ITU, perkukuh transformasi digital negara

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) rasmi diiktiraf sebagai ahli Pusat Transformasi Digital (DTC) oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dalam majlis di NADI Kubang Semang, Permatang Pauh, Pulau Pinang yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengiktirafan ini menjadikan NADI sebagai pusat ke-16 dunia dalam rangkaian ITU-DTC dan membuktikan komitmen Malaysia memperluaskan keterangkuman digital terutama untuk komuniti luar bandar serta golongan yang kurang akses kepada teknologi.

MCMC menyasarkan latihan kepada 180,000 usahawan melalui 18 modul di 1,099 NADI seluruh negara.

Sebelum ini, NADI turut memenangi WSIS Prizes 2025 dalam kategori Capacity Building menerusi program di NADI Pulau Banggi, Sabah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker