Malaysia

Pasangan kekasih dikejar polis 45 minit di Senawang meskipun negatif dadah, tiada rekod jenayah

Sepasang kekasih yang berdua-duaan dalam kereta di Jalan BPS 4, Senawang, bertindak melanggar kenderaan polis dan melarikan diri selama 45 minit sebelum terbabas di susur keluar ke Seremban, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas).

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Muhd Amrul Yazid Anuar berkata, polis pada mulanya mahu melakukan pemeriksaan ke atas kereta Perodua Bezza dinaiki pasangan itu, namun suspek mengundur dan melanggar kereta peronda sebelum memecut melarikan diri.

Pasangan berusia 23 dan 22 tahun itu akhirnya ditahan selepas kereta mereka terbabas. Kedua-duanya negatif dadah dan tiada rekod jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Terdahulu, tular video memaparkan empat kenderaan peronda polis mengejar sebuah Perodua Bezza di kawasan berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker