Malaysia

Tak sanggup bersekongkol sokong propaganda Israel, jurufoto Reuters letak jawatan

Jurufoto bebas Valerie Zink meletak jawatan selepas lapan tahun bersama Reuters kerana mendakwa agensi berita itu menyokong propaganda Israel dan gagal mempertahankan wartawan yang terbunuh di Gaza.

Beliau merujuk kepada kematian wartawan Palestin, Anas Al-Sharif, yang terbunuh bersama kru Al Jazeera dalam serangan udara di Gaza pada 10 Ogos lalu.

Zink mendakwa Reuters mengulangi dakwaan tidak berasas Israel terhadap mangsa walaupun hasil kerjanya pernah memenangi Hadiah Pulitzer untuk agensi itu.

Zink turut menzahirkan rasa kesal terhadap serangan Israel ke atas Hospital Nasser yang meragut 20 nyawa termasuk jurukamera Reuters, Hossam Al-Masri.

Serangan itu digambarkan sebagai “double tap” iaitu mengebom bangunan awam sebelum melancarkan serangan kedua ketika pasukan penyelamat dan wartawan tiba.

Menurutnya, media Barat termasuk Reuters, The New York Times, Washington Post dan Associated Press didakwa bersekongkol menyebarkan propaganda Israel sehingga mencetuskan keadaan yang membawa kepada peningkatan jumlah wartawan terbunuh di Gaza.

Keputusan untuk meninggalkan Reuters, jelasnya, adalah sebagai tanda penghormatan kepada keberanian wartawan Palestin yang dianggap antara paling berani dalam sejarah kewartawanan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker