Dunia

Pelajar bawah 14 tahun diharamkan bertudung di Austria

Austria meluluskan rang undang-undang baharu yang mengharamkan pemakaian tudung dan penutup kepala seperti burka di sekolah bagi kanak-kanak perempuan bawah 14 tahun, meliputi institusi awam dan swasta.

Kerajaan gabungan konservatif negara itu menegaskan langkah tersebut sebagai usaha memperkukuh kesaksamaan jantina.

RUU ini hadir selepas larangan sebelumnya bagi kanak-kanak bawah 10 tahun dibatalkan oleh Mahkamah Perlembagaan pada 2020 kerana dianggap diskriminasi terhadap umat Islam.

Di bawah peraturan baharu, pelanggar undang-undang akan dipanggil untuk sesi perbincangan bersama pihak sekolah dan penjaga, manakala kesalahan berulang boleh membawa denda sehingga €800 (RM3,800) kepada ibu bapa atau penjaga.

Kerajaan berpandangan bahawa larangan tersebut bertujuan melindungi kebebasan dan kesejahteraan kanak-kanak perempuan, dengan anggaran sekitar 12,000 pelajar bakal terkesan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker