Malaysia

“Tahniah!” ucap Elon Musk kepada Tesla Malaysia selepas Model Y EV paling laris bulan November

Individu terkaya dunia, Elon Musk mengucapkan tahniah kepada Tesla Malaysia selepas merekodkan pendaftaran kenderaan elektrik (EV) tertinggi pada bulan lepas.

Model Y memimpin dengan 810 unit, diikuti Proton e.MAS 7 (786 unit) dan Tesla Model 3 (491 unit), sementara BYD terus menunjukkan prestasi kukuh dalam kalangan 10 teratas.

Tesla kembali menguasai pasaran bulan tersebut apabila Model Y menjadi EV paling laris, mengatasi Proton e.MAS 7.

Pada November, sebanyak 5,417 EV didaftarkan, melonjak 200% berbanding tahun lalu.

Secara keseluruhan, Malaysia telah mencatat 36,690 pendaftaran EV dari Januari hingga November, dan dijangka melepasi 40,000 unit bagi tahun 2025.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker