Malaysia

Pelancong Jerman maut terjatuh dalam lubang di Cameron Highlands

Seorang pelancong lelaki warga Jerman berusia 58 tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang ketika mendaki Jungle Trail 10, Tanah Rata, Cameron Highlands semalam.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.04 tengah hari sebelum 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands dikejarkan ke lokasi.

Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam lubang bekas laluan air dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Menurut sumber, dia mendaki bersama pasangan wanitanya berusia 57 tahun yang selamat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker