Malaysia

Pelawak Sathia potong tiga jari kaki akibat jangkitan kuman

Pelawak veteran, Sathia dimasukkan ke Hospital Ampang sejak lima hari lalu dan dijadual menjalani pembedahan memotong tiga jari kaki kirinya, bermula dari ibu jari, akibat jangkitan kuman yang berisiko merebak ke seluruh badan.

Keadaannya menarik perhatian apabila Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid hadir melawat dan menghulurkan sumbangan peribadi.

Beliau memaklumkan bahawa pembedahan terpaksa dilakukan bagi mengelakkan jangkitan menjadi lebih serius.

Kehadiran Syerleena yang sempat bersembang ringkas dengan Sathia turut dikongsi dalam satu video tular di TikTok.

Dalam ruangan komen, ramai warganet melahirkan rasa simpati dan mendoakan kesembuhannya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker