Malaysia
Pemandu Jaecoo lawan arus, langgar Myvi dicekup polis

Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, kereta jenis Jaecoo J7 yang dipandu suspek berlanggar dengan sebuah Perodua Myvi.
Pemandu Myvi, seorang wanita tempatan, tidak mengalami kecederaan.
Suspek ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis mengingatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang jalan raya dan meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.



