Malaysia

Pemuda PAS kecam rancangan MOTAC anjur acara seperti ‘songkran’ di KL

Pemuda PAS mengecam rancangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganjurkan Water Musical Festival di Bukit Bintang sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, yang disifatkan tidak selari dengan budaya tempatan.

Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS, Mohamed Sukri Omar berkata bantahan dibuat berhubung konsep festival air terbuka serta lokasi penganjuran di kawasan tumpuan awam.

Ini kerana katanya penutupan jalan selama tiga hari dikhuatiri menjejaskan mobiliti bandar, operasi perniagaan kecil, keselamatan serta keselesaan orang ramai.

Beliau turut membangkitkan kebimbangan terhadap aspek nilai, adab dan sensitiviti budaya, selain risiko keselamatan, kesihatan awam, vandalisme dan gangguan moral.

Katanya, kempen TMM2026 sepatutnya menonjolkan identiti budaya tempatan dan bukan meniru konsep pesta jalanan luar negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker