Malaysia

Pengawal keselamatan ‘rogol’ kucing didenda RM40,000

Seorang pengawal keselamatan, Arman Shah, 33, didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah melakukan kekejaman terhadap seekor kucing di Kota Kemuning pada 15 November lalu.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara 15 bulan sekiranya denda gagal dibayar.

Kesalahan itu dikategorikan di bawah Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015, yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya.

Kejadian disedari oleh seorang wanita yang merakam video tindakan pengawal keselamatan itu, manakala ujian forensik mengesahkan bulu kucing ditemui pada pakaian tertuduh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker