Malaysia

Penjawat awam di Melaka dapat cuti 6 hari berturut-turut

 

Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan cuti khas pada hari pertama Ramadan, yang dijangka jatuh pada 19 Februari, kepada semua penjawat awam negeri dan Persekutuan yang bertugas di negeri itu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata cuti berkenaan diberikan sebagai penghargaan atas komitmen dan pengorbanan penjawat awam yang melaksanakan pelbagai program kerajaan sepanjang tahun lalu.

Dengan pengumuman itu, Melaka bakal menikmati enam hari cuti berturut-turut bermula 17 hingga 22 Februari, merangkumi cuti Tahun Baharu Cina, cuti khas 1 Ramadan, Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu serta cuti hujung minggu.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker