Malaysia

Perhimpunan GARAH malam ini dibatalkan, tidak dapat kebenaran PDRM

Polis tidak membenarkan Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang dijadual berlangsung di Kompleks Sogo malam ini atas faktor keselamatan awam dan risiko gangguan ketenteraman.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan polis menerima surat pemakluman daripada penganjur pada 3 Februari berhubung perhimpunan aman itu yang dirancang pada jam 8 malam.

Pada 6 Februari, polis menerima surat bantahan daripada pengurusan Kompleks Sogo, Pertama Kompleks, Harissons dan premis berhampiran yang menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pelanggan.

Risikan turut mendapati terdapat potensi pecah keamanan dan ancaman keselamatan berikutan jangkaan kehadiran orang ramai di kawasan tersebut.

Susulan itu, polis memutuskan perhimpunan berkenaan tidak dibenarkan kerana dijangka boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang awam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker